Jika teks ini dapat dibaca, jadi anda telah diberi nikmat melihat tanda-tanda Maha Pencipta.

Kita hanya perlu beri perhatian, lihatlah sekeliling kita. SubhanAllah, terlalu banyak nikmat yang diberi. Tidak TERKIRA! Alhamdulillah~ =}

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[An-Nahl 16:18]


Masih adakah waktu?
Adakah anda pasti mata yang bakal anda pejam sebelum tidur akan terbuka keesokkan hari? Masihkah jantung akan terus berdegup? 
Sudah cukupkah bekalan untuk dipersembahkan kepada Pengadil di sana nanti? Mampukah menjawab soalan-soalan-Nya? Di mana Isteri? Anak-anak? Ibu bapa? Kawan-kawan? Masing-masing risau akan diri sendiri. Harta, status, kebendaan yang kita megahkan di dunia, tidak dapat membantu di sana. Malah, tangan, kaki, mata, mulut, telinga dan anggota tubuh yang lain akan berbicara, mengadu pada Hakim, apa yang telah kita kerjakan. Segala amalan, tiada yang terkecuali akan dihisab dengan adil. Adakah kita berjiran dengan Rasulullah s.a.w.? Atau berjiran dengan Abu Jahal?
Sudah tiba masanya! Tiada masa lagi. Tiada alasan lagi. Tiada penangguhan lagi. Bertaubatlah, dan kembalilah kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Supaya tiada penyesalan di hari pengadilan kelak!

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

[Ad-Dukhān 44:40-42]

http://quran.com/44/40-42


Apabila ujian Penciptaku semakin berat, hingga aku hampir putus asa, aku teringat ayat ini, dan aku berasa lega. Kerana kesusahan aku hanyalah sebutir pasir jika dibandingkan kesusahan orang-orang beriman dahulu bagai sebuah gunung! 
Oh Allah! Permudahkan perjalananku ke syurgaMu, dan kuatkan imanku dalam cabaran hidupku. Amiin ~

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”

[Al-Baqarah 2:214]


Mari kita fikir sejenak wahai sahabat-sahabatku.

Apakah dosa Iblis sehingga dimurakai Allah selama-lamanya. Dia bukan menyukutukan Allah, malah dia adalah makhluk yang paling hebat beribadat. Tetapi dia cuma langgar satu arahan sahaja, iaitu sujud hormat pada Adam a.s..

Bagaimana pula kita? Berapa banyak suruhan Allah dan Rasul-Nya kita telah langgar? Berapa kerap kita malas atau menolak untuk sujud pada-Nya?

Jangan jadikan Solat sebagai beban hidup. Tetapi sujudlah dan yakin ia mampu menguatkan diri anda dalam menempuhi ujian hidup.

Insha Allah. =}


Tahukah anda, siapakah yang PALING Rasulullah s.a.w. cintai dan rindu untuk bertemu?

Dia adalah ANDA! Ya, anda yang sedang membaca tulisan ini.

Anda yang tidak pernah hidup bersama baginda s.a.w., tidak pernah melihat tubuhnya, dan tidak pernah berbicara dengannya. Tetapi anda mampu mencintainya seikhlas hati kerana Allah, mengikuti ajaran-ajarannya dan menjadikannya sebagai qudawatul hasanah. Sunnahnya diamalkan walau hampir pupus kerana janggal dan ‘ketinggalan zaman’.

Maka buktikanlah cinta anda pada kekasih Allah ini! Semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Insha Allah. =}


Jika anda merasa getir dan payah dalam menuntut ilmu atau apa-apa perkara yang bertujuan fisabilillah, fikirlah ia sebagai pelaburan yang tidak sekali-kali akan rugi. Saham anda akan bertambah, selagimana mereka memanfaatkan apa yang anda beri, walau roh sudah berpisah dengan jasad. Apa yang penting, niat IKHLAS kerana ALLAH ta’ala.

Ni’mat Ilmu, keselesaan belajar, makanan yang mencukupi, tidur dengan selesa walau hujan dan panas, sampai ke destinasi dengan mudah, gelak-ketawa bersama keluarga dan sahabat, dan berjuta-juta lagi ni’mat yang disediakan oleh Allah tanpa kita sedari. Dan ni’mat yang paling agung, ni’mat ISLAM! Ni’mat menjadi UMMAH nabi Muhammad s.a.w..

ADAKAH KITA BERSYUKUR PADA-NYA??

Insha Allah =}


Ikutilah bekas-bekas tapak kaki Abu bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-‘Affan, dan Ali ibn Abi Thalib Radhi Allahu ‘Anhum. Ini kerana hala-tuju mereka adalah satu, iaitu al-Jannah!

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kelompok, dan sesungguhnya ummatku akan berpecah kepada tujuh puluh dua kelompok kesemuanya di dalam neraka kecuali satu iaitulah Al-Jamaah.”
Sahabat bertanya: “Siapakah Dia (Al-Jamaah itu) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.”

[HR Tirmidzi]


Senyumlah selalu. Dengan senyuman, orang lain akan selesa dan suka bersama kita. Jika seseorang senyum dan berkata, ‘I hate you’. Apakah riaksi anda? Amat sukar membeci orang yang pemurah senyuman. 

Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” [HR at-Tirmidz] 
Senyuman tidak terhad pada sahabat sahaja, malah terhadap semua orang termasuk mereka yang kita benci. 
Rasulullah (s.a.w) pernah didatangi seorang yang membeci baginda (s.a.w). Dia mencemuh dan menghina Nabi (s.a.w). Baginda hanya senyum sehingga lelaki itu berlalu pergi tanpa membalas hinaan lelaki tersebut.
Ceriakan hari anda dan orang lain dengan senyuman. =)


Apabila seorang muallaf (baru memeluk Islam) bertanya pada sahabatnya, seorang Muslim. “Mengapa sejak kita berkawan dari kecil hingga sekarang, aku langsung tidak tahu tentang kecantikan dan kesempurnaan Islam?”
Dimanakah peranan kita?


Jangan bersedih dan jangan putus asa. Berdoalah pada Nya semoga ditunjuk jalan yang terbaik untuk diri yang keliru. Yakinlah dengan Allah dan perancanganNya. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik Perancang. Dan Dia tidak akan mengecewakan hambaNya yang senantiasa mengingatiNya. Kita cinta Allah, maka Allah cinta kita. Begitu juga sebaliknya.


Mereka adalah yang memiliki sifat-sifat baik seperti taqwa, sabar, redha, syukur, warak dsb. Sesiapa sahaja, walau pekerja buruh atau hamba, jika memiliki sifat-sifat tersebut adalah manusia yang kaya, iaitu Kaya Hati.

Sabda Rasulullah (saw) yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.”
[HR Bukhari dan Muslim]


Musuh-musuh Islam bersorak riang tatkala syiar Islam semakin malap. Jangan gelisah sahabat, ketahuilah bahawa cahaya Islam akan sentiasa terang menyala, kerana itu janji Allah! Islam akan bangkit semula. Insya Allah.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

[As-saf 61:8]


Ramai non-Muslim percaya bahawa Islam adalah agama keganasan (terdapat ayat2 al-Quran yang menyuruh Muslim membunuh (memerangi) orang2 kafir). Malangnya mereka hanya ambil sebahagian ayat dan membuang sebahagian yg lain. Walhal, mempertahankan diri, dengan menyerang penyerang bukanlah perbuatan keganasan, tetapi adalah sesuatu yang mulia iaitu mempertahankan kesinambungan keamanan. Masalah ini berlaku kerana mereka (non-Muslim) jahil tentang kesyumulan Syariah Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan berita tentang Islam yang sebenar! Iaitu agama yang aman dan adil.


Semasa anda sedih dan tiada siapa untuk dikongsi kedukaan, ketahuilah di mana anda berada, Allah Maha Dengar. Mengadulah pada Dia!

“dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

[al-‘Anfal 8:53]


Manusia seringkali mengagungkan pelukis ‘masterpiece’. Ditatap lama di dinding galeri sambil memuji-muji daya kreatif seniman tersebut. Mereka amat gembira berjumpa dan bersalam dengannya.

Tetapi aku jatuh cinta dengan ‘masterpiece’ yang tiada tandingan. Laut kebiruan yang di dalamnya pelbagai khazanah, tumbuhan hijau yang mengeluarkan buah-buahan enak, bulan yang menawan menerangi malam, bintang-bintang berkelipan di angkasa, burung-burung menyanyi dengan riang dan ‘masterpiece’ lain yang tidak terkira banyaknya, ditatap tanpa jemu.

Aku memuji-muji Artis Agung ini, SubhanAllah! Aku amat berhajat bertemu dengan-Nya (dalam keadaan Dia redha dengan aku, insya Allah).

“Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?”

[al-Qasas 28:72]


Page 1 of 2