Masih adakah waktu?
Adakah anda pasti mata yang bakal anda pejam sebelum tidur akan terbuka keesokkan hari? Masihkah jantung akan terus berdegup? 
Sudah cukupkah bekalan untuk dipersembahkan kepada Pengadil di sana nanti? Mampukah menjawab soalan-soalan-Nya? Di mana Isteri? Anak-anak? Ibu bapa? Kawan-kawan? Masing-masing risau akan diri sendiri. Harta, status, kebendaan yang kita megahkan di dunia, tidak dapat membantu di sana. Malah, tangan, kaki, mata, mulut, telinga dan anggota tubuh yang lain akan berbicara, mengadu pada Hakim, apa yang telah kita kerjakan. Segala amalan, tiada yang terkecuali akan dihisab dengan adil. Adakah kita berjiran dengan Rasulullah s.a.w.? Atau berjiran dengan Abu Jahal?
Sudah tiba masanya! Tiada masa lagi. Tiada alasan lagi. Tiada penangguhan lagi. Bertaubatlah, dan kembalilah kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Supaya tiada penyesalan di hari pengadilan kelak!

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

[Ad-Dukhān 44:40-42]

http://quran.com/44/40-42


Notes:

  1. one-ummah posted this

Page 1 of 1