Jannah telah disediakan oleh Allah untuk SEMUA ummah Nabi Muhammad s.a.w.. Ia untuk saya, anda, keluarga anda, sahabat anda dan semua orang. SEMUA akan masuk Jannah di akhirat kelak.

MELAINKAN mereka yang berkata TAK NAK! ‘Aku tak nak masuk Jannah!’. Bagaimana mereka boleh menolak tempat kebahagian selama-lamanya dan memilih Nar Jahannam? Dibakar dan diseksa sehingga kulit mereka hangus, dan dipulihkan semula hanya untuk dibakar kembali!

Adakah masih terdapat keraguan janji-janji Allah dan Rasul-Nya? Anda YAKIN bahawa anda BERTANGGUNGJAWAB segala pilihan amalan yang anda lakukan. Mengapa masih berkata TAK NAK pada Jannah Allah??

Maka, terimalah jemputan Allah ke Jannah-Nya dengan mentaati segala suruhan dan larangan-Nya. Cintai kekasih-Nya dengan mencontohi Sunnahnya. Perlajarilah ilmu agama, walau sedikit tetapi berterusan. Buktikan pada amalan. Bawalah bersama orang-orang tersayang ke Jannah dengan amar ma’ruf nahi munkar.

SUDAH BERSEDIAKAH ANDA BERTEMU RABBUL ‘ALAMIN?

Insha Allah. =}


Page 1 of 1