![]()

Senyumlah selalu. Dengan senyuman, orang lain akan selesa dan suka bersama kita. Jika seseorang senyum dan berkata, ‘I hate you’. Apakah riaksi anda? Amat sukar membeci orang yang pemurah senyuman.
Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” [HR at-Tirmidz]
Senyuman tidak terhad pada sahabat sahaja, malah terhadap semua orang termasuk mereka yang kita benci.
Rasulullah (s.a.w) pernah didatangi seorang yang membeci baginda (s.a.w). Dia mencemuh dan menghina Nabi (s.a.w). Baginda hanya senyum sehingga lelaki itu berlalu pergi tanpa membalas hinaan lelaki tersebut.
Ceriakan hari anda dan orang lain dengan senyuman. =)
Page 1 of 1